Buat repot..lepas tu diam..

Fitnah adalah cara terbaik… - polluteikupsi

Apabila terbaca entry penganalisis ini, mesti ramai pengikut blog ini tertanya-tanya mengapa fitnah adalah cara terbaik sedangkan seperti ajaran ISLAM fitnah itu seperti memakan daging seorang muslim. Namun, sebenarnya itulah antara kesimpulan yang telah dibuat oleh mantan YDP MPPUPSI sesi 2007/2008 setelah penganalisis menghubungi beliau pagi tadi. Beliau juga amat terkejut dengan apa yang telah dimanipulasi oleh pihak UPSIKINI dan konco-konco Pro-kebajikan (Pro-Mahasiswa).

Dalam kenyataan Mohd Raimi, blog www.upsikini.blogspot.com adalah sama seperti akhbar politik tempatan. Contohnya Harakah. Katanya lagi, beliau sendiri terkejut dengan kenyataan blog tersebut yang berunsur dakyah dan fitnah itu. Apa yang disampaikan adalah retorik dan berunsur fitnah diselubungi pembohongan semata-semata. "Saya pelik, mengapa golongan yang kononnya memperjuangan AGAMA ISLAM tergamak melakukan perkara-perkara yang sudah terang salah di sisi agama. Apa sebenar matlamat perjuangan mereka?", kata mantan YDP MPPUPSI 2007/2008.

Mengulas kenyataan akhbar tersebut, Saudara Mohd Raimi telah membuat laporan polis bagi menafikan kenyataan palsu tersebut dan merupakan taktik kotor proksi Pro-Mahasiswa atau tagline yang digunakan semasa PRK lepas, Pro-Kebajikan (Sila rujuk entry penganalisis sebelum ini UPSI : Pro Aspirasi (Pro Kualiti) vs Pro Mahasiswa (Pro Kebajikan) ). Beliau juga menggesa agar mahasiswa pandai memilih sumber informasi supaya tidak mudah terpedaya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab seperti penulis blog tersebut yang juga merupakan salah seorang ahli MPP dari proksi Pro-Kebajikan ketika ini.Beliau juga menyatakan rasa simpati terhadap saudara Hairie (YDP MPPUPSI 08/09) kerana mendapat penghinaan sedemikian dan meminta Hairie bersabar dan teruskan usaha memperjuangkan kebajikan mahasiswa UPSI.

Saudara Mohd Raimi juga telah emailkan laporan polis sebagai bukti yang beliau menafikan kenyataan akhbar Harakah tersebut. Jadi penganalisis berfikir adakah UPSIKINI adalah agen HARAKAH dan seterusnya membawa ideologi PAS? Jika ya, ini sesuatu yang serius dan meminta semua pihak berwaspada dengan penularan ideologi yang tidak sepatutnya berada di dalam kampus. MPPUPSI, JHEPA dan Pentadbiran UPSI perlu memandang serius hal berkenaan dan perlu dimaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia supaya golongan seperti ini diambil tindakan tatatertib. Justeru, kepada semua pembaca dan pengikut blog penganalisis ini, tepuk dahi tanyalah minda sebab anda adalah MAHASISWA BITARA yang mampu berfikir secara rasional.

Kah..kah..kah..apsal gelabah..kah..kah..kah..

Kah..kah..kah…buat repot tapi tak ada tindakan..kah..kah..kah..

Pergi saman harakah la..masuk mahkamah…tunjuk bukti kata tak buat…kah..kah..kah..

Kah..kah..kah..Ini lagi satu…UPSikini agen Harakah…Berapa harakah bayar pada UPSikini?..kah..kah…ini polluteikupsi BTN bagi duit ka..??

Mahasiswa UPSI mau tau betul atau tidak kandungan artikel harakah tu la…Dei..ada paham ka..??kah..kah..kah..

Muzamil mana pegi??kah..kah..kah…UMNO bagi duit,berapa dia songlap??kah..kah..kah..

0 comments:

Post a Comment