Buat repot..lepas tu diam..

Fitnah adalah cara terbaik… - polluteikupsi

Apabila terbaca entry penganalisis ini, mesti ramai pengikut blog ini tertanya-tanya mengapa fitnah adalah cara terbaik sedangkan seperti ajaran ISLAM fitnah itu seperti memakan daging seorang muslim. Namun, sebenarnya itulah antara kesimpulan yang telah dibuat oleh mantan YDP MPPUPSI sesi 2007/2008 setelah penganalisis menghubungi beliau pagi tadi. Beliau juga amat terkejut dengan apa yang telah dimanipulasi oleh pihak UPSIKINI dan konco-konco Pro-kebajikan (Pro-Mahasiswa).

Dalam kenyataan Mohd Raimi, blog www.upsikini.blogspot.com adalah sama seperti akhbar politik tempatan. Contohnya Harakah. Katanya lagi, beliau sendiri terkejut dengan kenyataan blog tersebut yang berunsur dakyah dan fitnah itu. Apa yang disampaikan adalah retorik dan berunsur fitnah diselubungi pembohongan semata-semata. "Saya pelik, mengapa golongan yang kononnya memperjuangan AGAMA ISLAM tergamak melakukan perkara-perkara yang sudah terang salah di sisi agama. Apa sebenar matlamat perjuangan mereka?", kata mantan YDP MPPUPSI 2007/2008.

Mengulas kenyataan akhbar tersebut, Saudara Mohd Raimi telah membuat laporan polis bagi menafikan kenyataan palsu tersebut dan merupakan taktik kotor proksi Pro-Mahasiswa atau tagline yang digunakan semasa PRK lepas, Pro-Kebajikan (Sila rujuk entry penganalisis sebelum ini UPSI : Pro Aspirasi (Pro Kualiti) vs Pro Mahasiswa (Pro Kebajikan) ). Beliau juga menggesa agar mahasiswa pandai memilih sumber informasi supaya tidak mudah terpedaya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab seperti penulis blog tersebut yang juga merupakan salah seorang ahli MPP dari proksi Pro-Kebajikan ketika ini.Beliau juga menyatakan rasa simpati terhadap saudara Hairie (YDP MPPUPSI 08/09) kerana mendapat penghinaan sedemikian dan meminta Hairie bersabar dan teruskan usaha memperjuangkan kebajikan mahasiswa UPSI.

Saudara Mohd Raimi juga telah emailkan laporan polis sebagai bukti yang beliau menafikan kenyataan akhbar Harakah tersebut. Jadi penganalisis berfikir adakah UPSIKINI adalah agen HARAKAH dan seterusnya membawa ideologi PAS? Jika ya, ini sesuatu yang serius dan meminta semua pihak berwaspada dengan penularan ideologi yang tidak sepatutnya berada di dalam kampus. MPPUPSI, JHEPA dan Pentadbiran UPSI perlu memandang serius hal berkenaan dan perlu dimaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia supaya golongan seperti ini diambil tindakan tatatertib. Justeru, kepada semua pembaca dan pengikut blog penganalisis ini, tepuk dahi tanyalah minda sebab anda adalah MAHASISWA BITARA yang mampu berfikir secara rasional.

Kah..kah..kah..apsal gelabah..kah..kah..kah..

Kah..kah..kah…buat repot tapi tak ada tindakan..kah..kah..kah..

Pergi saman harakah la..masuk mahkamah…tunjuk bukti kata tak buat…kah..kah..kah..

Kah..kah..kah..Ini lagi satu…UPSikini agen Harakah…Berapa harakah bayar pada UPSikini?..kah..kah…ini polluteikupsi BTN bagi duit ka..??

Mahasiswa UPSI mau tau betul atau tidak kandungan artikel harakah tu la…Dei..ada paham ka..??kah..kah..kah..

Muzamil mana pegi??kah..kah..kah…UMNO bagi duit,berapa dia songlap??kah..kah..kah..
read more “Buat repot..lepas tu diam..”

Siapa dia??tak kenal pun..

Mari kenal siapa dia?- polluteikupsi

Kali ini penganalisis ingin mendedahkan kepada warga UPSI berkenaan seorang hamba ALLAH yang telah diangkat menjadi seorang “Amir” bagi mengepalai Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sesi 2008/2009. Saudara Mohd Hairie bin Abdullah telah dilahirkan di negeri Melaka dan telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang, kemudian meneruskan pengajian di SMK Tinggi St. David dan kemudiaannya di SMKBukit Baru, Melaka. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dan memberansangkan, beliau yang bercita-cita untuk menjadi guru telah ditawar melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Anak kedua daripada 4 orang adik beradik ini merupakan seorang pemimpin di peringkat sekolah sehingga telah dilantik menjadi ketua pengawas sekolah dan juga telah dianugerahkan tokoh pelajar oleh pihak sekolah. Di UPSI pula, beliau mula menceburkan diri dan bergiat aktif seawal pengajian beliau. Beliau telah menyertai kelab Debat, Sahabat Mahasiswa Universiti, Persatuan Bahasa Melayu, Sekretariat Pencegahan Rasuah, Sahabat Anak Melaka(SAHAM) dan pelbagai lagi.

Begitulah sedikit sebanyak bibliografi YDP MPP sesi 2008/2009 sebelum dipilih sebulat suara oleh ahli kabinet MPP. Tugas sebagai seorang YDPMPP yang digalas beliau begitu berat dan memberi seribu rintangan dan dugaan dalam hidup beliau. Namun beliau tidak pernah berputus asa dan sentiasa bekerja keras dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Sepanjang khidmat beliau, pelbagai kejayaan telah dicapai antaranya adalah menggesa Kerajaan Malaysia untuk mempercepatkan proses pembinaan kampus baru UPSI, Menambah laluan bas dari kolej kediaman ke Bilik Kuliah Taman Bernam, Mendesak JHEPA untuk menyediakan bilk interaksi pelajar/bilik rehat yang baru, Menjadi panel jemputan untuk rancangan Suara Siswa (mewakili YDP-YDP MPP IPTA Se-Malaysia), Mendesak JHEPA untuk membuka tender Kafe di Kolej Za’ba dan Kolej Ungku Omar, Menguruskan Minggu Suai Kenal dengan jayanya, Khidmat Masyarakat Antarabangsa Malaysia-Kemboja, Menganjurkan Kejohanan Olahraga (KEJORA) 2009, Dilantik oleh YDP-YDP MPP IPTA sebagai Panel dalam Bicara Akademik semasa Konvensyen MPP IPTA Se-Malaysia 2009 dan pelbagai lagi telah dilaksanakan dan dicapai oleh saudara Hairie serta rakan seperjuangannya.


Kah..kah..Kah..Apa barang menang tanpa bertanding…kah..kah..kah..

Kah..Kah..Nak jadi MPP menang tanpa bertanding, memang kena join SMU..Kah..Kah..Kah..Lepas tu curi borang…kah..kah..

Kata persatuan anak negeri tak boleh tubuh…Ni mana datang SAHAM ni…Kah..kah..kah..UMNO taja ka??kah..kah..kah..

Ini lagi satu kenyataan luar biasa…menggesa kerajaan Malaysia…kah..kah…kah..kalau pergi jumpa menteri untuk bergambar, tu bukan menggesa…kah..kah..kah..

Minggu suai kenal memang berjaya..Berjaya tak bawa UMNO masuk UPSI..kah..kah..kah..


Nak jadi YDP bertanding kerusi umum la...kah..kah..kah..baru orang kenal..kah..kah..kah...
read more “Siapa dia??tak kenal pun..”

Sudah fikir pilihan raya

UPSI : Pro Aspirasi (Pro Kualiti) vs Pro Mahasiswa (Pro Kebajikan) - polluteikupsi

Oktober ini mahasiswa universiti sekali lagi akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi untuk memilih pemimpin mereka di kampus. Bahang pilihan raya kampus sudah semakin terasa kini apabila beberapa blog sudah memalukan kompang PRK menyebabkan bahang PRK semakin terasa.

Tahun lalu mahasiswa Aspirasi telah berjaya menguasai IPTA kecuali beberapa kerusi di universiti seperti UM (20 kerusi), UIAM (17 kerusi), UPM (13 kerusi), UKM (12 kerusi), UPSI (8 kerusi), UTM (10 kerusi) dan USM (6 kerusi) telah membentuk hampir 90 buah kerusi seluruh Malaysia. Ini membuktikan bahawa Mahasiswa Aspirasi lebih relevan kerana masih menjadi majoriti dengan di kebanyakan IPTA dengan jumlah lebih daripada 400 kerusi termasuklah di UPSI apabila Pro Kualiti mendominasi dan menjadi inspirasi kepada seluruh mahasiswa di Kampus. Aspirasi telah menewaskan mahasiswa kumpulan pro pembangkang yang pernah mendominasi kampus seperti Persatuan Mahasiswa Islam (PMI)/ Persatuan Pendidikan Islam (PPI di UPSI), Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) dan Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) yang bertindak sebagai agen PAS, Keadilan dan DAP di dalam kampus

Kah..Kah…Kah….Apsal kalut???Lambat lagi pilihanraya….Kah..kah…kah…
Buat kerja dulu…Kah..kah..Kah...


Sudah mau cipta manifesto ka…??Kah..Kah…Kah..
Muzamil sudah cari orang ka..??Atau dia pun mau bertanding….Kah..Kah..Kah..


Itu aspirasi mana sudah hilang??Kah..Kah..Kah..Pergi Janda Baik siapa taja…??Bukan UMNO ka..?Kah..Kah..Kah…
read more “Sudah fikir pilihan raya”